Rabu, 24 Mac 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

WATAK

1.     Alim (watak utama)

2.     Ibu dan bapa

3.     Nenek dan datuk

4.     Kak Madihah (kakak Alim)

5.     Abang Imran (abang Alim)

6.     Aisyah (adik Alim)

LATAR TEMPAT

kampung

- Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

- Alim akan pulang ke kampung nenek di Kajang.

Kajang

- Nenek dan datuk sebelah ibu tinggal di Kajang.

Melaka

- Nenek dan datuk sebelah ayah tinggal di Melaka

dalam kereta

- Ibu dan bapa Alim mengeluarkan beg dari kereta.

- Abang Imran dan Kak Madihah juga mengangkat beg masing-masing.

- Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

reban

- Nenek  dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

-“Alim, tengok tu!, kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk.

- Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban.

- Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

rumah nenek dan datuk

- Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk.

- Alim jadi keliru keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan dari biasa.

ruang tamu

- Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madihah dan Aisyah.

LATAR MASA

hari ini

- Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

- Ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini.

30 minit

- Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

LATAR MASYARAKAT

masyarakat bandar

- Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung (menunjukkan keluarga Alim tinggal di bandar)

 

masyarakat kampung

- Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung (masyarakat kampung ang membela haiwan ternakan).

EMOSI POSITIF

prihatin

- Nenek  dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban

kasih-sayang

- Nenek memujuk Alim. Nenek memegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari katil, kerusi dapur kepada Alim.

menolong

- Namun, mereka cuba untuk menolong Alim (nenek dan datuk menerangkan keadaan sebenar rumah mereka).

gembira

- Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, Kak Madihah dan Aisyah.

EMOSI NEGATIF

marah

- Alim marah

sedih

- Alim sedih.

- Ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini.

menangis

- Ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019).Kajian Wacana dan Kajian Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.






BBM3410-2021-MINGGU 1A

Assalammualaikum temanku sekalian. Hai, nama saya Noraisah Binti Masri. Nombor matrik saya 203307. Kini, saya melanjutkan pelajaran dalam program Bancelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Saya juga, merupakan anak kelahiran jati negeri Johor. Di dalam blog ini, saya akan kongsikan pelbagai ilmu yang bermanfaat berkenaan dengan bahasa. Jadi, jangan lupa ikuti saya untuk pelbagai info dan ilmu  baharu  yang menarik. Jumpa lagi di pos berikutnya. Stay tuned..







SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...