Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Pada hari Ahad yang lalu, ayah Alim
telah pergi ke pasar tani dan membeli banyak buah-buahan tempatan
seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, dan buah duku.
Ayah Alim membeli buah-buahan tersebut, kerana beliau tahu bahawa keempat-empat
orang anaknya gemar akan buah-buahan. Sejurus ayah Alim tiba di rumah, abang
Alim, iaitu Imran meluru ke arah beliau apabila terlihat banyak buah-buahan
yang dijinjing oleh ayahnya. Ayah meminta Imran untuk memanggil adik-beradiknya
yang lain serta ibunya berkumpul dan makan bersama-sama. Madihah, kakak Alim
yang dipanggil oleh Imran, segera berlari dengan penuh keriangan sejurus sahaja
melihat buah-buahan yang banyak di hadapan ayahnya. Begitu juga, dengan Aisyah,
kakak kedua Alim, yang terlihat sangat gembira sambil berlari-lari bagi
mendapatkan buah kegemarannya, iaitu buah manggis. Manakala, ibu pula datang dengan
membawa bakul sampah. Ibu memberi pesan agar anak-anaknya membuang kulit
buah-buahan tersebut di dalam bakul sampah agar rumah tidak akan bersepah dan
kotor. Keempat-empat anaknya mengangguk tanda faham akan arahan yang diberikan.
Semasa mereka sedang menikmati buah-buahan tersebut, Sulaiman, yang dari tadi
tidak bersuara membuka mulut untuk meminta izin ibuya, bagi memberikan sedikit
buah-buahan kepada rakannya, Sulaiman yang tinggal hanya bersebelahan dengan
rumahnya. Mendengar permintaan anaknya itu, ibu lantas mengasingkan buah-buahan
ke dalam beg plastik merah untuk diberikan kepada Sulaiman.Ibu Alim berasa bangga kerana Alim masih lagi ingat
akan pesannya untuk selalu berkongsi apa sahaja dengan orang lain. Sebaik
sahaja ibu mengizinkan, Alim dengan perasaan yang teruja terus mengambil beg
plastik merah tersebut dan berlari ke rumah Sulaiman. Sulaiman berterima kasih
di atas pemberian yang diberikan oleh Alim sekeluarga. Setelah buah-buahan itu
diberikan kepada Sulaiman, Alim terus pulang ke rumah. Alim seorang budak yang
baik, dia sangat suka berkongsi dan memberi. Di dalam hatinya, dia turut mengharapkan
agar kakak-kakak dan abangnya juga dapat berkongsi barang atau makanan dengan
orang lain. Selesai menikmati buah-buahan, mereka sekeluarga bingkas bangun dan
mula untuk mengemas rumah. Alim berbesar hati untuk membantu ibunya membuangkan
kulit buah-buahan di bakul sempah besar di luar rumahnya. Sewaktu Alim sedang
keluar rumah, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah, ibu Sulaiman yang sedang
menyapu sampah di beranda rumahnya. Ibu Sulaiman lantas menegur Alim dan
berterima kasih kerana memberikan buah-buahan kepada keluarga mereka. Alim
dengan senang hati berkata bahawa amalan berkongsi merupakan amalan yang baik.
Tambahan pula, keluarga Sulaiman semuanya baik-baik belaka. Mak Cik Timah
tersenyum, namun wajahnya kelihatan
sayu. Alim yang sedar akan perkara itu lantas bertanya, dan jawapannya yang
diberikan oleh Mak Cik Timah adalah kerana beliau bersyukur anaknya Sulaiman,
dikurniakan seorang teman yang sebaik Alim. Alim tersenyum dan mengatakan
bahawa dirinya suka berkawan dengan Sulaiman. Kemudian, Alim melambaikan
tangannya kepada ibu Sulaiman lalu masuk ke dalam rumah. Langkah Alim yang
perlahan dan kemas itu ditemani dengan doa-doa yang baik oleh Mak Cik Timah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan