Ahad, 23 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT ( TAMING SARI )

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hai, berjumpa lagi kita di post kali ini. So, hari ini, saya akan kongsi sikit la berkenaan dengan asas videografi yang seterusnya, iaitu video one shot. Ada yang sudah tahu ke apa itu video one shot? Kalau belum tahu, mari saya terangkan ye. So, basically video one shot ini akan dirakam tanpa sebarang pergerakan kamera. Maksudnya, semasa rakaman dijalankan kamera berada pada kedudukan yang statik. Video ini tidak memerlukan suntingan, kecuali bahagian akhir video sahaja yang memerlukan kredit. Terdapat 3 jenis video one shot iaitu:

        1. One Shot

Video one shot akan menujukkan pergerakan individu atau kumpualn yang keluar masuk dari setiap sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Video tidak terlalu panjang dan paling maximum hanyalah sekadar 3 minit. Contohnya adalah seperti video di bawah ini:

                     https://youtu.be/rNlCYYSotJI

2. One Shot Two Layer

Video one shot two layer dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya, lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut  dilakukan dan halmini akanmn menunjukan rakaman video yang lebih menarik. Contohnya adalah seperti video di bawah ini:


               https://youtu.be/n_dkNEPSOmc

                                                                    
3. One Shot Three Layer

Video one Shot three layer ini akan menunjukkan tiga lappisan pergerakan, iaitu nyanyian, lakonan dan pergerakan objek laian, termasuklah kenderaan bergerak dan juga pohon yang bergoyang-goyang di tiup angin.Contohnya adalah seperti video di bawah ini:


                                                                    https://youtu.be/R5J8PrImsLc

Okay, harapnya fahamlah ye setelah tengok contoh-contoh video di atas ni. Okaylah, gerak dulu. Jumpa di post berikutnya. Adios!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...