ASAS
GRAFIK – MUDAH (INTERNET) – TAMING SARI
Elemen : Mudah
Tema : Haiwan
Huraian : Gambar
ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini hanya
menunjukkan gambar seekor kucing. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada
seekor kucing disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan
hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat
mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kucing. Oleh itu, gambar
ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat
berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.
Rujukan : Https://Images.App.Goo.Gl/4sujejdsdp3ys3zr6
Elemen : Mudah
Tema :
Minuman
Huaian :
Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai. Bentuk serta jenama jelas mengambarkan sebotol air
mineral yang tidak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Penggunaan
warna serta bentuk yang sederhana kecil dapat menarik minat orang ramai. Maka
jelaslah, gambar ini mempertengahkan elemen mudah.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/87FXoohsMCbt85Uk8
Elemen : Mudah
Tema : Filem
Huraian : Berdasarkan grafik di
atas, elemen yang diketengahkan ialah elemen mudah. Hal ini kerana, penonton
akan mudah memahami mesej atau idea yang ingin ditonjolkan di dalam grafik
tersebut tanpa kekeliruan. Grafik tersebut menunjukkan gambar seorang budak perempuan
dengan muka mengerikan berlatar belakangkan anak-anak patung yang seram. Secara
sekilas lalu, penonton akan mengetahui bahawa grafik tersebut adalah sebuah
poster untuk filem seram.
Rujukan
: https://hellhorror.com/images/inTheaters/origs/e37b3-haunted-2017-poster.jpg
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Huraian :
Gambar sebotol Nutella di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal
ini kerana gambar tersebut sudah
memberikan maksud yang jelas tanpa sebarang mesej yang padat. Gambar ini juga
mudah dikenali ramai kerana Nutella merupakan antara produk makanan yang
terkenal. Tanpa mesej yang berat, seseorang sudah mampu memahami gambar tersebut dari segi jenama, cara makan dan
sebagainya.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/AF2JK7qvngNGShD36
Elemen : Mudah
Tema :
Kenderaan
Huraian : Gambar
di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana seseorang mudah
untuk melihat dan memahami sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar tersebut
tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas merupakan sekeping foto sebuah kereta
berwarna kuning yang terletak di ruang yang berwarna putih. Dengan itu,
seseorang seseorang yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto itu
ialah sebuah kereta berwarna kuning.
Rujukan :
https://www.jomedumy.com/2019/04/gambar-kereta-suv-xiaomi-redmi-car.html
Elemen :
Mudah
Tema :
Dompet
Huraian :
Gambar di atas adalah ringkas dan mudah untuk difahami. Logo yang tertera pada
dompet tersebut menunjukkan bahawa ianya adalah jenama yang terkenal dan
mempunyai banyak peminat. Peminat logo ini tahu bahawa dompet ini direka khas
untuk lelaki. Namun ada juga peminat dompet berjenama ini yang terdiri dari
para wanita.
Rujukan : https://shopee.com.my/product/29993877/3436627670?smtt=0.11105145-1617378909.3
Elemen : Mudah
Tema :
Makanan
Huraian : Gambar aiskrim coklat di atas
menunjukkan elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana, dengan hanya sekali
pandang sahaja, seseorang itu akan dapat mengetahui bahawa objek yang dilihat
merupakan makanan, iaitu ais krim coklat. Foto aiskrim yang jelas, dengan warna
coklat yang lebih pekat daripada warna latar, akan lebih memudahkan seseorang
itu memahami mesej yang ingin disampaikan. Meskipun, hanya dengan seimbas lalu,
seseorang itu pasti akan dapat tangkap apa yang dilihatnya tanpa sebarang
kekeliruan.
Rujukan
: https://www.behance.net/gallery/18184625/CGI-Magnum-Almond
Elemen : Mudah (Internet)
Tema :
Kasut
Huraian : Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami. Hal ini kerana,
kehadiran watak mampu menyatakan maklumat tersirat. Gambar ini juga tidak
memerlukan teks yang banyak kerana dengan menyatakan jenama kasut iaitu Adidas
membolehkan orang mengetahui bahawa gambar ini berkaitan kasut bola. Oleh itu,
gambar ini mengetengahkan elemen mudah untuk menyampaikan mesej.
Rujukan :
https://www.prodirectsoccer.com/productimages/V3_1_Main/130678.jpg
Elemen : Mudah
Tema : Pakaian
Huraian : Gambar tersebut mengetengahkan elemen
mudah. Gambar yang dipaparkan mudah difahami dan ringkas dari segi penyampaian
mesej dalam bentuk grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilihan grafik
yang memaparkan bentuk baju memudahkan untuk menyampaian mesej secara ringkas
dan mudah difahami. Oleh itu, gambar yang berbentuk baju ini mengandungi elemen
mudah.
Rujukan : https://fashionbatiks.blogspot.com/2019/10/19-inspirasi-baru-gambar-baju-polos.html
Elemen :
Mudah
Tema :
Makanan
Huraian :Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen
mudah kerana terdapat petunjuk tentang mesej gambar iaitu keju dan biskut. Jadi
sudah semestinya ini ialah iklan biskut keju. Saiz keju yang lebih besar
berbanding saiz biskut memberi mesej
kepada pengguna bahawa produk biskut mereka mempunyai rasa keju yang lebih
banyak berbanding produk biskut keju yang lain.
Rujukan :
https://i.pinimg.com/originals/98/05/0f/98050fd1663570dc5a3c42489136567b.jpg
ASAS GRAFIK – MUDAH (GAMBAR SENDIRI) – TAMING SARI
Elemen : Mudah
Tema : Haiwan
peliharaan
Huraian : Gambar ini
mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini menunjukkan
gambar seekor kura-kura. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada seekor
kura-kura disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan
hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat
mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu seekor kura-kura. Oleh itu, gambar
ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat
berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.
Elemen :
Mudah
Tema :
Pelitup Muka
Huraian :
Elemen yang terdapat di dalam gambar ini ialah elemen mudah. Hal ini demikian
kerana, gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami tanpa kekeliruan. Gambaran
grafik pelitup muka di luar kotak menyerlahkan lagi mesej yang hendak
disampaikan. Seseorang yang melihat gambar ini akan mengetahui bahawa gambar
ini ialah sebuah kotak yang mengandungi topeng pelitup muka.
Elemen :
Mudah
Tema :
Makanan
Huraian :
Elemen yang terdapat di dalam gambar di atas ialah elemen mudah. Apabila
melihat gambar tersebut, seseorang mengetahui bahawa gambar tersebut adalah
gambar makanan, iaitu sate. Maka, mesej yang hendak disampaikan iaitu makanan,
dapat ditafsir dan diterima dengan baik oleh orang yang melihat. Oleh yang
demikian, gambar ini dikatakan elemen mudah kerana mesej dapat disampaikan
tanpa sebarang kekeliruan.
Elemen :
Mudah
Tema : Ubat-ubatan
Huraian: Gambar ini sangat ringkas dan mudah difahami.
Hal ini kerana, kehadiran watak lima biji pil mampu menerangkan mesej dalam
gambar. Gambar ini menarik perhatian orang yang melihatnya kerana tumpuan
penglihatan orang lain akan menjurus kepada watak pil yang hadir. Oleh itu, gambar
ini mengetengahkan elemen mudah untuk menyampaikan mesej.
Elemen : Mudah
Tema : Perhiasan Wanita
Huraian : Gambar
tersebut mengetengahkan elemen mudah. Walaupun terdapat kesemua elemen asas
grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang dipaparkan lebih memberatkan kepada
elemen mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila gambar tersebut
dilihat oleh seseorang, dia akan faham bahawa gambar tersebut ialah gambar
perhiasan wanita iaitu cincin dan rantai. Oleh itu, gambar ini disampaikan
dengan ringkas dan mudah.
Elemen :
Mudah
Tema :
Perkakas Dapur
Huraian :
Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik mudah. Hal ini kerana seseorang
mudah untuk melihat dan memahami sesuatu mesej yang terdapat dalam gambar
tersebut tanpa sebarang kekeliruan. Gambar di atas merupakan sekeping foto
sebiji cawan berwarna pink dan maroon serta bercorak hati yang terletak di atas
permukaan kayu. Dengan itu, seseorang yang melihat foto tersebut akan memahami
bahawa foto itu ialah sebiji cawan berwarna merah jambu dan maroon serta bercorak hati.
Tema : Produk Kecantikan
Huraian : Berdasarkan imej di atas, elemen yang diketengahkan
ialah elemen mudah. Imej di atas menunjukkan sebuah botol kaca berwarna putih
pekat bersebelahan dengan sebuah kotak yang mempunyai jenama yang sama dengan
produk tersebut. Maka, apabila seseorang melihat sepintas lalu imej
yang ditunjukkan, orang akan mengetahui bahawa imej tersebut adalah sebuah
botol produk kecantikan. Oleh itu, seseorang dapat mengetahui mesej yang
disampaikan oleh gambar tersebut tanpa kekeliruan.
Elemen : Mudah
Tema : Produk Rumah
Huraian :Gambar tersebut menunjukkan elemen mudah. Hal ini dikatakan
demikian kerana seseorang akan terus mengetahui bahawa gambar tersebut adalah
sebuah bekas untuk menyimpan makanan. Bekas tersebut juga menarik kerana
mempunyai banyak rupa warna yang
menyerlah di sekeliling permukaannya. Gambar yang mudah ini tidak memerlukan
orang untuk berfikir lama bagi mengetahui fungsinya. Dengan sekilas pandang,
pengguna akan mengetahui tentang cara penggunaan dan jenamanya yang tersendiri.
Elemen : Mudah
Tema : Teknologi
Huraian : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di
atas ialah elemen mudah. Foto headphone yang dipaparkan kelihatan
jelas kerana saiz headphone di dalam
gambar adalah lebih besar berbanding dengan teks yang dipaparkan. Hanya dengan
sekali pandang, seseorang yang melihat foto ini, pasti akan faham maksud yang
ingin disampaikan iaitu fungsi ‘headphone’
itu sendiri sebagai alat untuk mendengar muzik tanpa gangguan persekitaran.
Foto di atas menunjukkan elemen mudah juga kerana ianya mudah difahami dan
tidak memerlukan pemikiran yang panjang ketika seseorang itu melihatnya.
Elemen : Mudah
Tema : Pakaian
Huraian :
Gambar ini mengetengahkan elemen mudah. Latar warna nude bersama sepasang kasut tinggi berwarna putih menyerlahkan lagi subjek
gambar ini. Apabila seseorang melihat gambar ini, dia mengetahui bahawa gambar
tersebut ialah gambar sepasang kasut berwarna putih berkilauan. Bukan itu
sahaja, gambar ini kelihatan ‘mudah’ kerana konsepnya yang ringkas membolehkan
gambar ini mudah untuk difahamkan.
KETUA
KUMPULAN : NUR AQILAH BINTI SEPUAN (202966)
PENOLONG KETUA : NOR FATIN SURAYA NABILLA BINTI RAHIMI (203924)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan