Asas grafik mengandungi lima elemen utama iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
1.
Mudah
Elemen mudah dapat
difahami apabila, seseorang itu faham akan maksud dan mesej yang ingin disampaikan
dari sesuatu foto itu dengan hanya sekali pandang. Contohnya, sekeping foto
sebuah kereta berwarna kuning yang terletak di halaman rumah. Hanya dengan
sekali pandang, orang yang melihat foto itu akan faham bahawa foto itu
menunjukkan sebuah kereta berwarna kuning.
2. Warna
Pemilihan dari
segi warna seharusnya mengandungi tidak lebih dari tiga warna, dan penggunaan
setiap warna perlulah memfokuskan kepada objek jualan agar objek di dalam foto
lebih jelas dan dapat menarik perhatian penonton. Contohnya, iklan 'McDonald's yang menggunakan hanya tiga
warna utama iaitu merah, putih dan kuning dapat menunjukkan sebuah foto yang
menarik dan tidak serabut. Logo 'M' yang berwarna kuning akan timbul dengan
sangat jelas apabila warna latar foto adalah warna yang gelap iaitu merah.
3. Teks
Elemen teks pula
merujuk kepada jenis dan saiz font yang digunakan di dalam persembahan grafik.
Teks yang ditulis juga penting dalam menyampaikan mesej secara jelas kepada
penonton. Elemen warna bagi teks juga perlulah diberikan perhatian agar teks tidak
tenggelam dengan pemilihan warna latar dan objek di dalam foto tersebut. Contohnya,
iklan potongan harga dengan teks 'Potongan Harga sebanyak 50%',perlulah ditulis
dengan saiz yang besar, dengan warna yang menonjol agar pengguna peka terhadap
mesej yang cuba disampaikan melalui iklan tersebut
4. Kesesuaian
Kesesuaian pula, perlulah memaparkan foto yang bertepatan dengan latar
tempat, latar masa dan latar masyarakat di dalam sesuatu foto itu. Misalnya,
teks perlulah menggambarkan objek yang difokuskan di dalam foto. Sebagai contoh, foto makanan segera
perlulah diletakkan gambar makanan segera seperti burger, pizza dan ayam goreng
dengan tulisan yang menunjukkan sifat makanan, seperti sedap, enak, lazat dan sebagainya.
5. Keseimbangan:
Elemen keseimbangan
merujuk kepada ruang dalam foto, sama ada ruang di kiri, kanan, atas dan bawah
perlulah seimbang kedudukannya. Tidak berlakunya pemberatan tidak setara di
dalam foto. Misalnya, jika di dalam foto pada ruang sebelah kanan terdapat dua
batang pokok besar, maka ruang foto di sebelah kiri perlulah diisi dengan
sesuatu yang setara dengan pokok besar itu, seperti sebuah rumah besar
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan