ASAS GRAFIK-TEKS (INTERNET)-TAMING SARI
Elemen : Teks
Tema : Burger
Huraian : Gambar
ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, penggunaan saiz font
pada teks yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca informasi
yang ingin disampaikan. Teks yang digunakan dalam grafik ini juga ringkas dan
padat dengan maklumat. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh
kepada teks yang dipaparkan.
Rujukan : https://cdn-image.hipwee.com/wp-content/uploads/2020/09/hipwee-bk2-750x422.jpg
Tema : Promosi jualan
Huraian : Foto di atas jelas memaparkan elemen asas grafik teks
yang sangat menonjol dan menarik. Perkataan ‘MEGA SALE’ yang ditulis
lebih besar akan memberi fokus kepada mata seseorang untuk memahami mesej foto
berkenaan, yang sedang mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Tulisan ‘80%
OFF’ dan ‘TODAY ONLY’ yang berwarna biru gelap dapat ditonjolkan kerana
pemakaian latar yang berwarna putih, yang juga turut membawa mesej penting agar
seseorang yang melihat akan mengetahui jumlah potongan harga yang ditawarkan
dan hari potongan harga itu berlangsung. Dengan melihat pada keseluruhan foto
tersebut, penggunaan tulisan berhuruf besar kesemuannya, dapat memberi isyarat
bahawa foto tersebut bersifat penting dan perlu diberikan perhatian.
Rujukan: https://www.freepik.com/premium-vector/abstract-colorful-sales-banner_5932083.htm
Elemen : Teks
Tema : Alat komunikasi
Huraian : Grafik di atas memberatkan kepada elemen teks. Hal ini
demikian kerana, penggunaan jenis fonts
yang ringkas serta saiz fonts yang
sesuai memudahkan pembeli membaca teks tersebut. Selain itu, mesej pada teks
juga memberikan gambaran yang sebenar berkenaan jenama telefon pintar
tersebut. Grafik tersebut memberitahu
pembeli bahawa telefon pintar tersebut adalah lebih besar berbanding daripada
keluaran telefon pintar yang lain.
Rujukan : https://techgreatest.com/wp-content/uploads/2014/09/Screen-Shot-2014-09-09-at-11.40.23-PM.png
Elemen : Teks
Tema : Kartun
Huraian : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks
yang digunakan dapat menarik individu yang melihat terutamanya kanak-kanak. Ini
disebabkan warna dan saiz font yang digunakan menarik minat sesiapa yang
melihatnya. Dengan sedikit tambahan di belakang tulisan dapat menaikkan
keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks
sangat penting jika digunakan di dalam sesuatu gambar untuk menjadikannya lebih
menarik.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/T6KeYGWiB52ztye6A
Tema : Papan tanda
Huraian : Gambar ini menunjukkan papan tanda yang agak kosong tetapi menarik.
Penggunaan teks dan jenis font yang sesuai dapat menarik perhatian orang
ramai untuk membacanya. Selain itu, pemilihan warna pada teks dan juga latar
adalah senada kerana warna latar berjaya menonjolkan teks. Maka jelaslah,
gambar ini menekankan elemen teks untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai
yang melihatnya.
Rujukan : https://goodmockups.com/free-wall-mounted-signage-board-on-building- logo-mockup-psd/amp/
Elemen : Teks
Tema : Grafik
Huraian : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana saiz font yang berbeza dan bentuk teks yang sedikit bengkok namun masih mudah untuk dibaca. Kombinasi saiz font yang berbeza-beza menarik perhatian orang ramai untuk membacanya. Hal ini kerana, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menyapaikan mesej. Oleh itu, pemilihan teks yang bebeza saiz dan jenis font mampu menyampaikan mesej yang sempurna.
Rujukan: https://th.bing.com/th/id/OIP.eOPlV1E5ZqeDLfn370d-IgHaKT?w=182&h=254&c=7&o=5&pid=1.7
Elemen : Teks
Tema : Papan iklan
Huraian : Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan
saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik
sangat sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang
sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang
semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks
pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa memandu.
Rujukan : https://www.paradiseoutdoor.com.au/extras/graphic-design/billboard-design/
Elemen : Teks
TeTema : Papan iklan
HuHuraian :Gambar tersebut mengetengahkan eleman teks. Gambar yang
dipaparkan menggunakan satu jenis
font dan satu warna sahaja. Selain itu, gambar tersebut mempunyai dua
bentuk saiz teks. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut lebih
memfokuskan teks Pepsi. Oleh itu, pemilihan saiz teksnya lebih besar daripada
yang lain.
Elemen : Teks
Tema : Alam Sekitar
Huraian : Gambar tersebut menunjukkan elemen asas grafik teks. Hal
ini kerana terdapat penggunaan teks ‘Save the Earth. Go Green’ yang
ringkas. Penggunaan jenis dan saiz font juga dalam teks ini juga sesuai
untuk menarik minat pengguna agar membacanya. Kandungan teks juga mudah untuk
difahami walaupun ringkas, berbanding dengan kandungan teks yang lebih padat.
Oleh itu, teks ini sesuai untuk digunakan di samping penggunaan warna dan
grafik alam sekitar yang akan meningkatkan pemahaman pengguna terhadap mesej
yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/2dtiSm1kRcG13Cw67
Elemen : Teks
Tema : Makanan dan minuman
Huraian : Gambar di atas menunjukkan iklan yang dikeluarkan oleh
syarikat makanan segera yang terkenal di setiap pelusuk dunia. Setiap satu
gambar yang dipamerkan bersama teks, memudahkan orang ramai melihat dan
memahami isi kandungan poster tersebut. Kehadiran kombinasi penggunaan teks
dari segi font dan saiz font menonjolkan lagi mesej yang ingin
disampaikan. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menarik
minat orang ramai.
ASAS GRAFIK- TEKS (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI
Elemen : Teks
Tema : Muzik
Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, teks yang digunakan dalam gambar ini ringkas dan mudah difahami. Penggunaan saiz font pada teks “Listen Music” yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan sebelum melihat pada watak lain yang hadir.
Elemen : Teks
Tema : Buku
Huraian : Foto kulit buku
di atas lebih memfokuskan elemen asas grafik teks. Tulisan tajuk pada
bahagian atas buku ditulis dengan saiz yang besar agar mudah seseorang memahami
mesej yang ingin disampaikan di dalam buku berkenaan. Pemilihan warna gelap
pada tajuk tulisan dapat dilihat dengan jelas, disebabkan pemilihan warna latar
yang bersifat terang. Namun begitu, pemilihan teks yang berwarna merah muda dan
biru muda digunakan adalah bertujuan untuk menepati warna pada dua karakter
manusia yang berbeza iaitu, ‘confident’ dan ‘nervous’ pada gambar
seorang lelaki di dalam buku berkenaan. Tulisan berrwarna putih pada bahagian
bawah kulit buku yang memaparkan nama penulis pula, terlihat dengan sangat
jelas kerana latar tulisan berwarna gelap.
Elemen : Teks
Tema : Buku
Huraian : Imej di atas memberatkan pada elemen teks yang terdapat
pada novel. Hal ini demikian kerana, penggunaan saiz teks yang sesuai pada
tajuk dan nama penulis memudahkan orang memahami secara terus tajuk novel
tersebut. Bukan itu sahaja, penggunaan jenis fonts pada tajuk dan nama
penulis juga dibezakan untuk membuatkan pembaca mudah mengetahui tajuk kepada
novel tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan jenis fonts dan saiz fonts
memeainkan peranan penting dalam suatu ass grafik.
Tema : Buku
Huraian : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan
terhadap muka hadapan sebuah buku dapat memberitahu pembaca bahawa warna dan
saiz font yang digunakan sesuai dengan buku ilmiah tersebut. Ini
menjadikan elemen tersebut mdapat membantu menarik minat seseorang untuk
membacanya. Dengan sedikit imej yang terdapat di belakang tulisan dapat
menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu,
elemen teks sangat penting apabila digunakan untuk dijadikan muka hadapan
sesebuah buku khususnya supaya buku tersebut lebih menarik.
Tema : Gajet
Huraian : Gambar ini jelas menunjukkan elemen teks. Hal ini
kerana, pencahayaan yang baik daripada laptop serta penggunaan saiz font
yang agak besar menonjolkan lagi elemen teks. Tambahan juga, pemilihan warna font
yang terang dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Kedudukan teks
pada bahagian tengah gambar merupakan salah satu daya tarikan gambar ini.
Elemen : Teks
Tema : Pencahayaan
Huraian : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana tulisan ‘BOOKS BOOKS
BOOKS’ begitu menyerlah. Pencahayaan, latar belakang, dan warna berupaya
menjadikan teks dan wajah sebagai watak dalam gambar ini. Hal ini membantu
penyampaian mesej agar orang lain tertarik untuk membacanya. Oleh itu,
kombinasi warna, latar mampu menonjolkan lagi elemen teks.
Elemen : Teks
Tema : Qoute
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font
serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sesuai. Selain
itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan
seseorang untuk membaca teks tersebut dengan jelas tanpa kekeliruan.
Seterusnya, seseorang juga dapat memfokuskan teks di dalam gambar tersebut
dengan sekali pandang.
Tema : Produk wanigan
Huraian : Gambar ini lebih
memfokuskan kepada elemen teks. Hal ini dikatakan demikian kerana, kehadiran teks yang berbeza jenis font,
saiz teks dan warna teks yang terpapar pada gambar tersebut. Saiz teks pada
gambar tersebut lebih memfokuskan nama produk iaitu SugarBomb berbanding
dengan nama jenis wangiannya (Mystery Manggo). Oleh itu, elemen teks
yang digunakan dalam gambar ini mampu menyampaikan mesej dengan jelas.
Elemen : Teks
Tema : Kalendar
Huraian : Gambar tersebut menjelaskan elemen asas grafik teks. Hal ini kerana terdapat kepelbagaian saiz dan font yang digunakan dalam kalendar tersebut. Kepelbagaian teks ini penting untuk memastikan setiap tarikh dan hari jelas untuk dilihat walaupun dari jarak jauh. Saiz font yang berbeza juga digunakan untuk menyatakan hari peristiwa penting dalam bulan tersebut. Teks dalam kalendar ini juga dibezakan dengan penggunaan elemen warna yang berbeza untuk membezakan hari minggu dan hari biasa.
Elemen : Teks
Tema : Minuman
Huraian : Gambar ini menonjolkan elemen teks untuk menyampaikan
mesej. Tulisan pada bekas air dalam gambar di atas menunjukkan nama syarikat
minuman tersebut. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan jenama mereka dan
memastikan tidak ada pihak yang mengaku bahawa jenama mereka mendapat tempat di
hati ramai orang. Penggunaan teks yang berbeza saiz dan font menarik
tumpuan orang ramai untuk membacanya. Oleh itu, elemen ini berjaya menonjolkan
mesej kepada orang ramai.
KETUA KUMPULAH : NURUL SAHADA BINTI SAIDIN (204111)
PENOLONG KETUA: TUAN NOR MUNIRAH BINTI TUAN ABDULLAH (203928)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan