Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

·         Penerimaan/Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi Bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

 

1.Diri

2. Masyarakat

3. Adat

·         Jujur, ikhlas, baik hati, kasih saying, kerajinaan, kesyukuran, kesederhanaan

·         Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal, dan mental, kesantunan

·         Hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

·         Keadilan, kebebasan, rasional

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

1.Rumusan keseluruhan

2.Rumusan topik perbincangan

3.Penutup kata

Rajah 4: Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018)

Berdasarkan rajah di atas,  menurut Normaliza Abd Rahim (2018), pendekatan analisis wacana mempunyai lima elemen,  iaitu pra-andaian, emosi,  nilai dan budaya, bahasa dan inferens:

1.Pra-andaian

Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu analisis intuisi dan konteks. Analisis intuisi adalah analisis yang dibuat berdasarkan gerak hati, manakala, analisis konteks dibuat bersandarkan aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

2. Emosi

Emosi merujuk kepada perasaan dalaman yang dirasai oleh seseorang, yang dapat ditonjolkan melalui perlakuan dan  memek muka. Emosi dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu emosi positif, negatif, dan emosi bercampur. Melalui emosi yang ditunjukkan, perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang akan terserlah.

3. Nilai dan Budaya

Elemen nilai dan budaya pula dirujuk daripada Falsafah Pendidikan Negara (1995), yang memenuhi tiga aspek utama iaitu diri, masyarakat dan adat. Ketiga-tiga aspek  ini dianalisis dengan menekankan nilai-nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinaan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal, dan mental, kesantunan,hormat-menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan, rasional

4. Bahasa

Aspek bahasa yang akan dianalisis meliputi bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga, penggunaan bahasa formal dan bahasa tidak formal. Selain itu, kesalahan bahasa dari aspek linguistik turut dianalisis agar tiada kesilapan dalam penggunaan ayat dalam berbahasa.

5. Inferens

Inferens yang terdiri daripada rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata perlu dianalisis dengan teliti agar tidak berlaku sebarang percanggahan sama ada di dalam ujaran, interaksi mahupun tulisan.


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...