Rabu, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3 –MUGSHOT

BBM3410-2021-MINGGU 3 –MUGSHOT

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Mutlimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

Mug shot merupakan salah satu asas fotografi, di mana gambar akan diambil dari jarak yang sangat dekat, bagi menampakkan riak waja muka seseorang itu dengan sangat jelas dan terperinci. Contoh mugshot boleh dilihat melalui gambar-gambar yang ditangkap oleh wartawan, di mana gambar akan kelihatan sangat jelas, memfokuskan kepada riak wajah seseorang dan gambar akan kelihatan seolah-olah hidup. Berikut antara beberapa contoh mugshot melalui beberapa elemen emosi:

a) Gembira

                          
                    

                

Gambar di atas merupakan contoh mugshot bagi emosi gembira. Wajah kegembiraan yang dipaparkan pada setiap gambar adalah berbeza-beza. Ini dapat dilihat dengan jelas pada riak wajah dengan ciri seperti senyum nampak gigi, senyum malu-malu, ketawa, tulang pipi yang naik dan mata yang seolah-olah turut tersenyum.


b) Sedih

             

                

              

Mugshot riak wajah yang dipaparkan di atas mengandungi emosi sedih dengan perubahan air muka yang berbeza, serta jelas dan terperinci. Emosi sedih dapat dilihat dengan mata yang sayu dan tertunduk ke bawah sedkit, mata yang merah, hidung merah, air mata yang mengalir dan mulut yang kelihatan muram


c) Takut

            

             

             

Keenam-enam mugshot riak wajah di atas menunjukkan emosi takut yang berbeza-beza. Misalnya, gambar pertama mempamerkan wajah takut apabila dimarahi dengan wajah agak tertunduk ke bawah dan mata ke atas. Selain itu, gambar berikutnya mempamerkan kening yang berkerut, mata yang sayu dan bulat, mulut yang terangakat ke atas serta wajah menangis kerana ketakutan.  


d) Geram

              

                

           

Gambar-gambar mugshot di atas kesemuanya mempamerkan emosi geram yang berbeza-beza. Emosi geram dapat dilahirkan dengan renungan mata yang tajam, mulut yang dimuncungkan ke hadapan, bibir yang diketap rapat, serta riak wajah yang marah.


e) Marah

              

              

              

Berdasarkan mugshot riak wajah di atas, kesemuanya memperlihatkan emosi marah. Emosi marah ini dapat dilihat dengan jelas pada wajah seseorang itu apabila terdapat ciri seperti, kening berkerut, dahi berkerut, pandangan  mata yang bulat dan tajam, bibir dan gigi yang diketap serta mulut yang tidak tersenyum.


f) Terkejut

              

               

               

Gambar mugshot di atas menunjukkan emosi terkejut yang berbeza-beza. Kejelasan emosi terkejut dapat dilihat dengan ciri seperti kening berkerut dan terangkat ke atas, mulut ternganga, mata tertumpu kepada objek , pandangan mata boleh jadi pandangan mata yang tajam dan tidak bermakna (terkedu). 


g) Ketawa

              

             

                

Mugshot riak wajah di atas mempamerkan emosi ketawa. Jelas kesemua foto terlihat sangat gembira dengan memfokuskan kepada ciri-ciri wajah seperti senyuman yang menampakkan gigi dan gusi, mata yang tertutup dengan hujung mata berkedut-kedut dan wajah yang ceria.


Baiklah, ini sahaja ilmu berkaitan mugshot yang dapat saya kongsikan. Semoga bermanfaat ya!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...