Rujukan : Normaliza
Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti
Putra Malaysia.
Hai kawan-kawan
semua! Macam mana dengan cuti raya kalian? Seronok? Atau… tidak? Ye, saya faham
mesti ada yang hilang mood bila kene raya pkp lagi sekali untuk tahun ni. Tapi,
nak tak nak, kerpaksalah reda kan.. Mudah-mudahan tahun depan kita dapat
raya seperti sedai kala la hendaknya. Untuk pengisian blog saya kali ini saya
ingin berkongsi berkenaan dengan asas videografi, iaitu video setempat. Video
setempat ini merupakan video yang diambil tanpa beralih tempat, secara sepontan
dengan menerangkan hal-hal yang sedang berlaku pada ketika itu sahaja.
Kebiasaanya, video ini tidak disunting dan masa hanya dalam5 minit sahaja dan
juga sesuai untuk dimuat naik dalam insta story. Contoh video setempat adalah
seperti berikut:
Hah, ni nak cerita sedikit la bagaimana saya membuat video setempat ini. Sebenarnya
mudah sahaja, tapi mungkin ada yang masih terpinga-ping dengan asas videografi
ini. MUdah sahaja guys. Okay, first thing first, duduk diam-diam, ini bermakna
punggung kita tidak akan bergalih sewaktu merakam. Kemudian, rakam dengan
menunjukkan benda-benda di hadapan mata dan kemudia sekeliling kita. Tunjuklah
benda tu pakai jari, senang sikit orang nak faham kan.. Then, terang la.
Misalnya, cakap ‘Ini adalah antara juadah kami ketika berhari raya..bla…blaa…
ni ketupat… ni rendang… sedap rendang ni.. bla…blaa.. Ha, macam tu je guys.
Mudahkan?
Video saya ni, saya buat sewaktu beraya di
rumah nenek (sebelah rumah je) pada waktu petang. Telah menjadi rutin untuk
kami menziarah rumah nenek pada sebelah petang pada hari raya pertama. Dalam
video ini, saya tunjukkan makanan yang dijamu di rumah nenek saya. Maaflah
kualiti video tidak memuaskan. Pencahayaan agak kurang di dalam rumah nenek.
Tapi tak mengapa, yang penting kawan-kawan semua dapat faham dengan apa yang
dikatakan sebagai video setempat ni. Okaylah, saya berhenti sampai sini dahulu.
Berjumpa di asas videografi yang seterunsya. BYE2!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan