Khamis, 27 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

 Hai beautiful people! Siapa? Awaklah, yang tengah baca blog ni (huhuhu).

Hari ini.. saya nak bercerita pasal kesilapan. Yelah, kesilapan yang saya pernah buat dalam hidup. Ada banyak sebenarnya. Tapi, yang paling terkesan di hati saya adalah ketika saya memberontak pada abah sebab inginkan sebuah komputer. Masa itu, saya darjah 6, kalau tidak silap. Cikgu suruh hantar kerja guna email. Saya ni manalah tahu email boleh dihantar menggunakan phone saja, tapi dulu pon manalah keluraga saya ada smart phone canggih-canggih. Saya memberontak, nangis-nangis, koyak semua surat khabar abah.Tapi, bila umur saya meningkat remaja, baru saya sedar, saya salah.. Abah pagi petang siang malam cari duit buat bagi kami sekeluarga makan., itu pun masih minta macam-macam. Mahal lagi tu.. Kesian abah.. Ya, saya sedar saya silap sebab lukakan hati abah. Saya tak pernah  pernah fikir dan selami perasaan abah. Jadi, bila sudah dewasa ini, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan abah saya yang sudaj tua kini. Sudah-sudah lah tu susahkan abah...saya sayang abah.. (lap air mata)

Baiklah bercakap tentang kesilapan, you all semua, bacalah post saya dan rakan-rakan di Instagram berkenaan kesilapan di bawah ini:









Bukti Kehadiran


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...