Assalammualaikum. Selamat pagi semua! Hidup kita ini terlalu singat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia dan perkara yang menduka citakan. Jadi, saya harap para pembaca blog akan terus bersemangat dalam memulakan hari-hari kedepannya ya! Jangan sedih-sedih ok! Tapi, hari ini saya tidak akan post berkaitan dengan kegembiraan, tetapi sebaliknya saya akan kongsikan sedikit cerita berkaitan 'SEPI'. Jemputlah baca ye kawan-kawan.
Selasa, 29 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 14- RISENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA
Yeayy!! it's a wrap guys!! Ahahahaha. Tak ada wrap sangat pun sebenarnya. Cuma ini pembentangan terakhir untuk subjek ini. Walaupun sebenarnya ada lagi satu pembentangan individu yang kene rakam sendiri... Huhuhu. Jadi, pembentangan ketiga kali ini, Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti biasa. Disebabkan kali ini saya pembentang yang terakhir, dalam hati berdoa banyak-banyak agar sempat bentang, ye la takut masa tak cukup kan.. Tapi Alhamdulillah, cukup. Terima kasih group mateku kerana memberi kerjasama yangbaik sepanjang 14 minggu kita bersama. Terima kasih juga yang tidak terhingga buat Prof Normaliza yang telah mengajar dan mendidik kami. Semoga prof berbaik hati untuk bagi markah tinggi- tinggi buat kami semua..Amin.. (hihihihiks)
Jumaat, 25 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 13- PODCAST
Selamat pagi semua, untuk minggu ke-13, kami satu kelas kene bentang berkenaan satu tajuk podcast yang kami pilih. Alhamdulillah pembentangan kali ini berjalan dengan lancar dan saya bersyukur sangat sebab rasa less nervous masa bentang. Pembentangan kedua ini, kumpulan saya kumpulan kedua terawal, pukul 7.30 dah kene bentang. awal kan? furst time bentang awal macam ni..Hahahaha. Minggu depan ada lagi satu pembentangan tau! Wish us luck again ya!
BBM3410-2021-MINGGU 12- MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI
Assalammualaikum, hai semua! Hari ini saya nak kongsi pengalaman membuat pembentangan pertama untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Kumpulan saya dpat giliran kedua terakhir, jadi kami bentang pada pukul 11. 30 pagi. Pukul 11 tu memang dah get ready siap-siap takut ada teknikal problem ke apa kan, jadi kena la prepare awal. Pagi tu pun, saya bagun awal semata-mata nak practise bercakap. Tapi sebanyak mana pun saya practise tetap juga, bergetar suara semasa membentang. Tak suka betul! Tapi apa-apa pun Alhamdulillah sudah selesai, dan kawan-kawan semua yang lain sempat membentang dalam masa 30 minit yang diberi. Minggu depan ada lagi pembentangan. Wish us luck, guys!!
*Apa pasal muka saya garang sangat tu? Hahahaah
BBM3410-2021-MINGGU 13- SUASANA (INSTAGRAM)
Hai semua, berjumpa kita lagi di post kali ini. Bagaimana keadaan kalian? Baik-baik sahaja bukan? Semoga baik-baik sahajalah hendaknya. Baiklah, hari ini saya akan post lagi satu post yang saya kongsikan di instagaram, tetapi kali ini tema berkaitan dengan 'SUASANA'. Apa itu suasana? Susana merupakan keadaan sekeliling sesuatu tempat. Misalnya, jika kita sebut mengenai suasana hari raya, pasti terbayang susana yang meriah penuh dengan saudara mara datang berziarah, bukan? Baiklah, jadi bawah ini ada post berkaitan suasana, jemput tengok dan baca ye..
Selasa, 22 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGG 11-KEINDAHAN (INSTAGRAM)
Hai semua! Apa khabar hari ini? Didoakan semua sihat-sihat sahajalah hendaknya ya. Hari ini saya akan post berkaitan dengan keindahan. Saya yakin setiap daripada kamu semua mesti ada tafsiran sendiri mengenai perkataan 'keindahan' kan? Bagi saya, orang tua sayalah merupakan antara anugerah yang paling terindah yang tidak dapat dicari ganti di dalam hidup saya. Kamu semua bagaimana pula? Nanti cuba berikan comment di bawah ye! Kawan-kawan saya ada juga memberi tafsiran terhadap erti keindahan ini, jemputlah baca dan lihat..
BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI
Assalammualaikum semua, hari ini saya hendak update berkaitan dengan satu sembang tamu yang sempat saya ikuti semalam. Tajuk sembang tamu ini sangat menarik, ia berkisar mengenai kopi, iaitu 'Misteri Kopi'. Ha, sesiapa peminat tegar kopi, bolehlah dengar perkongsian daripada Dr. Alia ini. Perkongsian ini sangat santai dan terdapat juga info menarik yang dikongsikan oleh beliau. Jadi, tunggu apa lagi.. check out the link down below ok!!
Credit: Youtube DBP
Ahad, 13 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 11- KISAH SEDIH (FACEBOOK)
Assalammualaikum semua, jadi hari ini saya akan post berkenaan cerita sedih yang betul-betul terjadi dalam hidup saya. Kawan-kawan juga ada post berkenaan cerita sedih mereka. Kalau sudi, jenguk-jenguklah facebook page mereka ye.
BBM3410-2021-MINGGU 11- ALAM SEMULA JADI (TWITTER)
Hai semua, bertemu lagi. Kali ini saya akan post berkenaan dengan alam semula jadi pula. Mana-mana keindahan di muka bumi ni pastinya tidak dapt tertanding dengan keindahan semula jadi alam kan? Banyak sebenarnya keindahan-keindahan lam semula jadi yang mampu memukau manusia, namun antara yang menjadi sumber ketenangan bagi saya ialah :
Selasa, 8 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI
Hai semua! Annyeonghaseyo yoerobun!!
Malam tadi, saya sempat ikuti sembang
tamu di facebook live DBP. Perkongsian yang sangat menarik dari tetamu
jemputan, Prof Dr. Normaliza. Tajuk yang dikupas adalah berkenaan dengan ‘Drama
Korea, Realiti atau Fantasi’. Apa yang boleh saya simpukan daripada perkongsian
beliau adalah, tidak salah untuk kita menonton filem atau drama korea jika itu
mampu memberi rasa senang dan nyaman untuk diri kita. Untuk berangan-angan
sekali pun tidak menjadi masalah, asalkan jangan terlalu hanyut dengan fantasi.
Sebagai manusia biasa kenelah tetap berdiri di bumi yang nyata. Betul tak? Best
sangat perkongsian malam tadi tau, rugi kalau awak semua tak tengok! Lagi-lagi
para peminat k-drama di luar sana. Jadi, siapa yang tidak berkesempatan malam
tadi, bolehlah tengok di laman sosial DBP atau tekan link di bawah ini:
Promosi sikit program prof
saya (huuhuhu)
Isnin, 7 Jun 2021
BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM (TAMING SARI)
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hai para pencinta
multimedia. Hari ini post saya kembali kepada topik asas videografi yang
seterusnya ya, iaitu video seram. Apa itu video seram? Video hantu ke? Ya,
betul sekali. Video seram ini biasanya akan memberikan kesan seram kepada
penonton. Lebih-lebih lagi kalau lokasi pengembaraan dirakam di kawasan yang
seram seperti hutan, kubur, rumah terbiar. Uishhh lagilah seram kan? Video seram ini tidak memerlukan suara pelakon dan durasi lakonan tidak terlalu lama, cukup setakat 7 minit sahaja. Jika rakaman
tidak melibatkan entiti tertentu bentuk penceritaan perlulah focus kepada seram
dan meakutkan.
Okay, nak tengok
contoh video seram? Klik link di bawah ini ye.
BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI (TAMING SARI)
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hai, wassup wassup guys. Apa khabar pencinta blog. Hari ini saya akan sambung dengan topic asas videografi yang seterusnya,iaitu video tragedi. Video tragedi ini melibatkan plot cerita yang memberi kesan emosi yang tinggi. Biasanya, video tragedi akan melibatkan cerita-cerita yang penuh emosi seperti kemalangan, pembunuhan, penderaan dan macam-macam lagi. Video ini memerlukan lakonan yang sangat baik daripada pelakon agar penonton benar-benar seperti diserap di dalam penceritaan tersebut. Mimik wajah serta perlakuan pelakon sangat berperanan penting kerana suara tidak digunakan dalam rakaman video ini. Video tragedi ini juga tidak perlu lama, sekadar berdurasi 7minit sudah mencukupi agar penonton dapat merasai setiap emosi dalam penceritaan yang disampaikan
Okay, mesti nak
tengok contoh video tragedi macam mana kan? Baik, tekan link di bawah ini
ye.Enjoy!!
Papan cerita:
Bukti kehadiran
SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021
SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...
-
Assalammualaikum temanku sekalian. Hai, nama saya Noraisah Binti Masri. Nombor matrik saya 203307. Kini, saya melanjutkan pelajaran dalam p...
-
Rujukan : Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang. Terdapat enam bahan untuk asas grafik antar...
-
BBM3410-2021-MINGGU 3 –MUGSHOT Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Mutlimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia Mug shot...