Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Assalammualaikum, selamat sejahtera, ni hao, anyeong!!
Baiklah, hari ini saya akan sambung lagi satu asas videografi iaitu
video focus atau tanpa wajah. Dar nama sahaja kita boleh agak kan? Jadi, video fokus
ini akan dirakam dengan hanya memfokuskan kepada satu item atau bahagian
anggota badan sahaja. Disebabkan di dalam video ini tiada wajah, maka penonton
tidak akan dapat mengetahui emosi pelakon tersebut, tetapi terdapat jalan
cerita yang akan membuat para penonton giat berfikir. Video fokus ini memerlukan
suntingan yang baik supaya jakan cerita akan mudah difahami. Video fokus ini
hanya memerlukan 3 minit sahaja tempoh masa ataupun boleh disesuaikan mengikut
panjang lagu yang dipilih. Di dalam video ini, tiada bunyi atau suara
digunakan.
Baiklah, cuba tonton video berfokus di bawah ini:
Papan cerita:
Bukti kehadiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan