Jumaat, 28 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.

Assalammualaikum penghuni dunia. Apa khabar hari ini? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Hari ini saya akan post berkenaan ‘Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi’. Terdapat lima tokoh yang membicarakan berkenaan perkara ini, antaranya ialah Tarone (1977 &1980), Johnstone (1989), French & Kasper (1983), Doryei & Scott (1997) dan Normaliza Abd Rahim (2018). Setiap tokoh ini menjelaskan konsep strategi komunikasi melalui beberapa elemen tertentu. Untuk mengetahui lebih lanjut. Kliklah pada link di bawah. Selamat belajar ye!



Bukti kehadiran




Khamis, 27 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 Disebabkan baru-baru ini gempar isu peperangan di negara saudara kita, hari ini saya  hendak bercerita mengenai kemanusiaan. Kemanusiaan ialah sifat-sifat manusia. Sebagai seorang manusia, kita perlulah bersimpati dengan orang lain, saling menghormati dan saling menyanyangi, bukannya saling membenci dan berbunuhan. Allahuakhbar! Jika kita lihat saudara seIslam kita di sana, kesian mereka. Mana tidaknya, mereka ditindas, dan dibunuh dengan kejam sekali!! Langsung tiada belas ikhsan terhadap anak-anak kecil yang tidak berdosa. Sayu dengar berita mereka saban hari. Apa-apapun, mohon awak semua doakan saudara kita di sana ya. Semoga mereka sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Bercakap tentang kemanusiaan, you all, bacalah la post saya dan rakan-rakan berkenaan kemanusiaan di bawah ini:

                                                   








Bukti Kehadiran


BBM3410-2021-MINGGU9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

 Hai beautiful people! Siapa? Awaklah, yang tengah baca blog ni (huhuhu).

Hari ini.. saya nak bercerita pasal kesilapan. Yelah, kesilapan yang saya pernah buat dalam hidup. Ada banyak sebenarnya. Tapi, yang paling terkesan di hati saya adalah ketika saya memberontak pada abah sebab inginkan sebuah komputer. Masa itu, saya darjah 6, kalau tidak silap. Cikgu suruh hantar kerja guna email. Saya ni manalah tahu email boleh dihantar menggunakan phone saja, tapi dulu pon manalah keluraga saya ada smart phone canggih-canggih. Saya memberontak, nangis-nangis, koyak semua surat khabar abah.Tapi, bila umur saya meningkat remaja, baru saya sedar, saya salah.. Abah pagi petang siang malam cari duit buat bagi kami sekeluarga makan., itu pun masih minta macam-macam. Mahal lagi tu.. Kesian abah.. Ya, saya sedar saya silap sebab lukakan hati abah. Saya tak pernah  pernah fikir dan selami perasaan abah. Jadi, bila sudah dewasa ini, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan abah saya yang sudaj tua kini. Sudah-sudah lah tu susahkan abah...saya sayang abah.. (lap air mata)

Baiklah bercakap tentang kesilapan, you all semua, bacalah post saya dan rakan-rakan di Instagram berkenaan kesilapan di bawah ini:









Bukti Kehadiran


 

BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

Hai everybody, my everything, my supporters (ihikss, perasan je lebih)

Kali ini, jom kita berbalas pantun! Alah, balas mudah-mudah je pon okay la. Tapi sebelum itu, nak bagi sikit penerangan la mengenai pantun ni. Apa sebenarnya pantun? Pantu ini ialah suatu bentuk pengucapan yang telah dwujud sejak berzaman dahulu, yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang. Pantun ini juga digunakan bertujuan untuk menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan bersuka-suka. Pantun mempunyai rima a,b,a,b iaitu dua rangkap pembayang dan dua rangkap maksud. Pantun juga biasanya mempunyai empat baris serangkap. Nak tengok contoh? Tengok gambar-gambar di bawah ini okay!







                                                           Gambar kehadiran


Ahad, 23 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT ( TAMING SARI )

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hai, berjumpa lagi kita di post kali ini. So, hari ini, saya akan kongsi sikit la berkenaan dengan asas videografi yang seterusnya, iaitu video one shot. Ada yang sudah tahu ke apa itu video one shot? Kalau belum tahu, mari saya terangkan ye. So, basically video one shot ini akan dirakam tanpa sebarang pergerakan kamera. Maksudnya, semasa rakaman dijalankan kamera berada pada kedudukan yang statik. Video ini tidak memerlukan suntingan, kecuali bahagian akhir video sahaja yang memerlukan kredit. Terdapat 3 jenis video one shot iaitu:

        1. One Shot

Video one shot akan menujukkan pergerakan individu atau kumpualn yang keluar masuk dari setiap sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Video tidak terlalu panjang dan paling maximum hanyalah sekadar 3 minit. Contohnya adalah seperti video di bawah ini:

                     https://youtu.be/rNlCYYSotJI

2. One Shot Two Layer

Video one shot two layer dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya, lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut  dilakukan dan halmini akanmn menunjukan rakaman video yang lebih menarik. Contohnya adalah seperti video di bawah ini:


               https://youtu.be/n_dkNEPSOmc

                                                                    
3. One Shot Three Layer

Video one Shot three layer ini akan menunjukkan tiga lappisan pergerakan, iaitu nyanyian, lakonan dan pergerakan objek laian, termasuklah kenderaan bergerak dan juga pohon yang bergoyang-goyang di tiup angin.Contohnya adalah seperti video di bawah ini:


                                                                    https://youtu.be/R5J8PrImsLc

Okay, harapnya fahamlah ye setelah tengok contoh-contoh video di atas ni. Okaylah, gerak dulu. Jumpa di post berikutnya. Adios!!

Rabu, 19 Mei 2021

BBN3410-2021-MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

 RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2018). Kajian Wacana Dan Strategi Komukasi Teori Dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): Kuala Nerus, Terengganu Darul Aman.


                                                                (KLIK SINI: STRATEGI KOMUNIKASI)

Assalammuaalikum dear friends,

Hari ini, saya nak terangkan sedikit berkaitan dengan strategi komunikasi ini. Baiklah, bila bercakap mengenai strategi, pastinya berkaitan dengan cara atau langkah juga kaedah yang dilakukan oleh seseorang untuk berkomunikasi atau bertutur sesama manusia dengan cara yang mudah dan saling difahami. Terdapat  pelbagai pandangan yang diutarakan oleh tokok-tokoh bahasa di dalam dan luar negara berkaitan dengan keperluan startegi komunikasi ini. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pandangan para ilmuan kita, saya telah ringkaskan di dalam peta minda di atas. Klik pada rajah peta minda untuk kejelasan yang maksimum ye!! Harap dapat memberi manfaat buat semua!!



Ahad, 16 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hai kawan-kawan semua! Macam mana dengan cuti raya kalian? Seronok? Atau… tidak? Ye, saya faham mesti ada yang hilang mood bila kene raya pkp lagi sekali untuk tahun ni. Tapi, nak tak nak, kerpaksalah reda kan.. Mudah-mudahan tahun depan kita dapat raya seperti sedai kala la hendaknya. Untuk pengisian blog saya kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan asas videografi, iaitu video setempat. Video setempat ini merupakan video yang diambil tanpa beralih tempat, secara sepontan dengan menerangkan hal-hal yang sedang berlaku pada ketika itu sahaja. Kebiasaanya, video ini tidak disunting dan masa hanya dalam5 minit sahaja dan juga sesuai untuk dimuat naik dalam insta story. Contoh video setempat adalah seperti berikut:


Hah, ni nak cerita sedikit la bagaimana  saya membuat video setempat ini. Sebenarnya mudah sahaja, tapi mungkin ada yang masih terpinga-ping dengan asas videografi ini. MUdah sahaja guys. Okay, first thing first, duduk diam-diam, ini bermakna punggung kita tidak akan bergalih sewaktu merakam. Kemudian, rakam dengan menunjukkan benda-benda di hadapan mata dan kemudia sekeliling kita. Tunjuklah benda tu pakai jari, senang sikit orang nak faham kan.. Then, terang la. Misalnya, cakap ‘Ini adalah antara juadah kami ketika berhari raya..bla…blaa… ni ketupat… ni rendang… sedap rendang ni.. bla…blaa.. Ha, macam tu je guys. Mudahkan?

 

Video saya ni, saya buat sewaktu beraya di rumah nenek (sebelah rumah je) pada waktu petang. Telah menjadi rutin untuk kami menziarah rumah nenek pada sebelah petang pada hari raya pertama. Dalam video ini, saya tunjukkan makanan yang dijamu di rumah nenek saya. Maaflah kualiti video tidak memuaskan. Pencahayaan agak kurang di dalam rumah nenek. Tapi tak mengapa, yang penting kawan-kawan semua dapat faham dengan apa yang dikatakan sebagai video setempat ni. Okaylah, saya berhenti sampai sini dahulu. Berjumpa di asas videografi yang seterunsya. BYE2!!



BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (TAMING SARI)

 VLOG HARI RAYA (TAMING SARI)


                                                                    (https://youtu.be/eftOIElA4hA)


Pensyarah : Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.

Lagu : Suasana Hari Raya

Penyanyi : Anuar Zain & Ellina

 

AHLI KUMPULAN:

1.Nur Aqilah binti Sepuan (202966)

2. Nur Suraya binti Sulaiman (204114)

3. Siti Fairuz binti Samsudin (203302)

4.Nurul Sahada Binti Saidin (204111)

5. Nur Amirah Binti Ishak (203942)

6. Noraisah Binti Masri (203307)

7. Nur Amira Hamiza Binti Samsol (203010)

8. Siti Shahirah binti Ab Ghani (201814)

9. Tuan Nor Munirah Binti Tuan Abdullah (203928)

10. Nor Fatin Suraya Nabilla binti Rahimi 203924

Ahad, 2 Mei 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA

Hai, awak-awak semua ni tahu tak apa itu simpulan bahasa? 

Simpulan bahasa ialah gabungan dua perkataan yang biasanya digunakan oleh orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat-sifat, situasi, tingkah laku dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Simpulan bahasa juga dianggap penting dalam menyampaikan hasrat dan hajat di hati, sama ada yang membawa maksud baik atau sebaliknya.  

Di bawah ini saya ada sertakan video berkenaan beberapa contoh simpulan bahasa, jom tengok sama-sama!

    
                                                     
                                                                        https://youtu.be/iJI690p2d-c

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah 

 

Video simpulan bahasa ini merupakan hasil tugasan kumpulan, yang terdiri daripada 10 orang ahli.  Kami telah menghasilkan video simpulan bahasa yang menarik, padat, dan ringkas. Jadi, kalau anda ingin mendapatkan penerangan yang jelas dan mudah untuk difahami tentang simpulan bahasa. Jangan lupa menonton video kami ya!

 

Video ini dibuat demi memenuhi tugasan kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.

 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 

Ahli Kumpulan:

Ketua: Siti Shahirah binti Ab Ghani (201814)

Penolong Ketua: Nur Amirah Binti Ishak (203942)

 

AJK Semakan:

- Nur Aqilah binti Sepuan (202966)

- Siti Fairuz binti Samsudin (203302)

- Nurul Sahada Binti Saidin (204111)

 

AJK Pemilihan Instrumental Lagu Melayu:

- Noraisah Binti Masri (203307)

- Nor Fatin Suraya Nabilla binti Rahimi (203924)

 

AJK Suntingan Video:

- Nur Amira Hamiza Binti Samsol (203010)

- Tuan Nor Munirah Binti Tuan Abdullah (203928)

 

AJK Kefahaman:

- Nur Suraya binti Sulaiman (204114)

 

Cc Music: Instrumental Canggung

https://youtu.be/2NiEyEAER6w


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

SENARAI BERIKUT MERUPKAN SEMUA TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEPANJANG SATU SEMESTER KULIAH BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 1. BIODATA D...